Selasa, 12 Juni 2012

PENGANTI BUAT PENGANTINMU?

Mungkin sudah suratan takdir begini
Tercatit engkaulah sebagai isteri
Walau bukan seperti yang ku mimpi
Namun ku yakin dengan ketentuan Ilahi

Barangkali ini yang terbaik untuk kita lalui
Walau bukan seperti yang kita hajati
Ku mohon kau menerima sepenuh hati
Dan aku juga ikhlas terima semua ini

Jika engkau kelak menjadi isteri
Sedaya upaya akan ku hargai
Bila tiba masanya suatu hari nanti
Berdoalah agar hati takkan berbelah bagi

Selama kita belum mengikat tali
Biarlah hubungan kita seperti ini
Tak perlu bercinta atau jatuh hati
Kerana belum masanya lagi.

Tidak ada komentar: