Rabu, 02 Januari 2013

petua dan ilmu penerang hati

hati yang bersinar dan bercahaya tempat jatuhnya pandangan Allah,..
walau dia hamba Habsyi yang hitam dan hodoh,..namun Allah tetap memuliakannya dan dirinya dijamin masuk syurga sehingga bersabda rasulullah, junjungan mulia bertanyakan mengapakah saat dia diisra’ mikrajkan, baginda dapat mendengar tapak kaki hamba habsyi itu dalam syurga,…
si hitam dan hodoh bertaraf hamba suatu ketika dulu itu adalah Bilal bin Rabah,.. namun, beliau tergolong dalam sepuluh sahabat rasulullah yang dijamin masuk syurga,..
sungguh, Allah tidak melihat siapa kita,..cantikkah, jelitawankah,..kaya raya kah atau bagai,.. padaNYA kita adalah makhluk ciptaanNYa,.. yang membezakan kita adalah sekeping hati milik kita,..
adakah hati itu bersih atau kotor? bergelumang dengan maksiat dan nafsu atau penuh berkilauan dengan zikrullah .. sungguh kenyataan itu benar,..
hati tempat jatuh pandangan Allah,..
pandangan bagaimanakah Allah melihat kita..  dengan penuh kasih dan sayangNYA atau murka amarahNYA (nauzubillah) … semuanya bergantung pada hati kita,..
ironinya,.. hati bukan sahaja  penentu siapa kita di sisi Allah, ia juga menjadi pintu hidayah dan ilmu,..
hidayah Allah menjadi milik orang yang mengizinkan hatinya dididik,..
ilmu Allah pula menjadi hak orang yang hatinya terang dan tenang.
persoalannya bagaimanakah mahu memiliki hati yang bersinar terang ini,.. agar bukan sahaja pandangan Allah yang penuh kasih menjadi milik kita,.. tetapi juga ilmu – ilmuNYA bersarang di dada.
1. jaga pemakanan kita
sebenarnya, wujud kaitan yang sangat besar antara ‘food intake’ kita dengan dan hati yang lembut dan mudah dibentuk dengan ilmu. kerana itu orang – orang yang hebat sentiasa menjaga pemakanannya..
lihatlah Rasulullah snediri,.. bukankah  baginda diturunkan Allah sebagai petunjuk jalan kebenaran kepada kita? lalu, perhatikanlah cara pemakanan baginda,..
sabda junjungan mulia,..
‘kami adalah umat yang hanya makan ketika kami lapar dan berhenti makan sebelum kami kenyang’..
2.pemilihan makanan
apa yang kita masukkan dalam mulut kita, amat penting untuk mendapat hati yang terang dan mudah menerima ilmu. peliharalah pemakanan kita,.. makanlah makanan yang halal dan baik…

Tidak ada komentar: